Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Pada masa dahulu, hasil utamanya adalah kelapa. Kemunculan nama Taman Nira ini di ambil sempena banyaknya pokok kelapa sebelum dijadikan sebagai tapak perumahan manakala Nira adalah gula yang keluar daripada pokok kelapa. Taman Nira berasal daripada Kampung Low Piak. Pada mulanya, Penduduk Low Piak terdiri daripada kaum Cina dan Melayu.

Kampung Low Piak berdekatan dengan Kampung Parit Lapis. Kampung Low Piak juga selalu dinaiki air apabila berlaku air pasang besar di daerah Batu Pahat ini. Selain itu, rumah pada ketika itu adalah terdiri daripada rumah-rumah papan dan mempunyai jambatan kayu. Tambahan pula, tanah asal Taman Nira ini adalah kepunyaan orang Cina.

Setelah tanah ini dibeli oleh pemaju perumahan syarikat iaitu Dato’ Syed Kecik, pemaju telah membina rumah murah untuk penduduk Low Piak dengan harga subsidi yang berharga RM 7 000.00 untuk sebuah rumah. Rumah-rumah murah di Taman Nira ini adalah dimiliki daripada kaum Melayu sahaja manakala kaum Cina ditempatkan di Taman Bukit Pasir.

Batu Pahat merupakan sebuah daerah yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak berhampiran Muar(50km ke Utara) dan juga Kluang(52km ke Timur). Pada tahun 2012, Batu Pahat adalah bandar ke-16 di Malaysia yang sedang pesat membangun.

Pada 9 April 2013, Taman Nira telah dinaik taraf dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Ali Bin Hamsa iaitu Ketua Setiausaha Negara sempena Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS) dalam Majlis Penyerahan Projek Kejiranan Indah(My Beautiful Neighborhood) Taman Nira, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017

Pertandingan Online Colouring & Kuiz Ramadhan 2017

Aktiviti Terkini | 11 Jun 2017

Aktiviti ini dapat mengeratkan silaturrahim serta dapat meningkatkan tahap kemahiran berfikir... baca selanjutnya

Program Klik Dengan Bijak

Aktiviti Terkini | 18 Mei 2017

Bertujuan untuk mendapatkan mengeratkan hubungan silaturrahim dengan staff PI1M Taman Nira, PI1M Sungai Nibong dan PI1M Salleh Ros, melahirkan pengguna yang celik terhadap teknologi dan memberi pendidikan kepada pengguna internet tentang kepentingan kawal selia kendiri dan... baca selanjutnya

Program Gotong-Royong Surau Al-Hijrah Taman Nira

Aktiviti Terkini | 23 April 2017

Aktiviti ini dapat mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia Taman Nira dan dapat mengeratkan silaturrahim di antara staf dan penduduk setempat di Taman Nira... baca selanjutnya

Pertandingan Reka Bentuk Bahan Terbuang

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2017

Program ini bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia Taman Nira, dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah... baca selanjutnya

Program Keluarga Bebas Dadah Bersama PI1M Dan KRT Taman Nira

Aktiviti Terkini | 19 Mac 2017

Aktiviti ini bertujuan unutuk mengeratkan hubungan setempat bersama keluarga dapat memberi pendedahan kesedaran diri kepada golongan muda mengenai keluarga bebas dadah... baca selanjutnya

Aktiviti Jahitan Kraft Menggunakan Kain Felt

Aktiviti Terkini | 25 Februari 2017

Aktiviti ini bertujuan untuk meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah serta dapat menambah kemahiran menjahit dalam kalangan pelajar... baca selanjutnya

Majlis Maulidur Rasul

Aktiviti Terkini | 6 Januari 2017

Bertujuan untuk mempromosikan Pusat Internet 1 Malaysia Taman Nira serta dapat meluangkan masa dengan aktiviti yang berfaedah... baca selanjutnya

Klik Dengan Bijak (KDB)

Sepanjang Tahun | Berita Terkini

Pembangunan pesat teknologi komunikasi dan multimedia serta peningkatan kadar penembusan jalur lebar Negara dikhuatiri menjejaskan nilai budaya bangsa Malaysia sekiranya langkah segera tidak diambil untuk membudayakan penggunaan Internet secara positif dengan berteraskan prinsip-prinsip Rukun Negara. Kadar jenayah siber yang kian meningkat juga amat membimbangkan dan selain melalui penguatkuasaan yang lebih efektif, pendekatan berteraskan pendidikan kepada masyarakat adalah penting agar statistik mangsa jenayah siber dapat dikurangkan... baca selanjutnya

Latihan Usahawan

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Latihan Keusahawanan ini ditawarkan secara PERCUMA dan terbuka kepada semua yang berminat dalam menceburi perniagaan secara online. Tempoh latihan adalah selama 2 hari dimana pada hari pertama peserta akan diberi pendedahan penggunaan Asas Microsoft Office bagi merancang dan membangunkan idea perniagaan serta membangunkan laman web @ Blog. Pada hari kedua pula, para peserta didedahkan mengenai Kelebihan Promosi Perniagaan Di Media Sosial, Medium Pemasaran Baru melalui atas talian dan yang terakhir Menyediakan Iklan untuk perniagaan. Program ini lebih menyasarkan golongan usahawan serta golongan yang ingin berjinak dengan perniagaan atas talian... baca selanjutnya

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK)

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Perkhidmatan WiFi Komuniti (WK) yang sebelum ini dikenali sebagai Kampung Tanpa Wayar (KTW) adalah perkhidmatan WiFi secara ‘hotspot’ di kawasan tumpuan... baca selanjutnya