Mengenai PI1M

Kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menubuhkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) untuk menyediakan pusat capaian jalur lebar secara kolektif di kawasan yang kurang liputan perkhidmatan melalui Program Perkhidmatan Sejagat (USP).

PI1M yang dahulu dikenali dengan nama Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) mempunyai peralatan IT dan komputer individu yang bersambung dengan capaian jalur lebar internet, membolehkan komuniti luar bandar menikmati kebaikan internet seperti yang dirasai oleh komuniti di bandar.

Untuk memastikan komuniti luar bandar meningkatkan taraf sosial dan ekonomi, mendapat kebaikan daripada peralatan IT dan penyambungan internet, setiap PI1M menyediakan latihan dan perisian komputer.

Melalui penubuhan PI1M, diharapkan ia akan menyumbang kearah kejayaan insiatif negara untuk merapatkan jurang digital antara komuniti luar bandar dan bandar, selaras dengan objektif yang digariskan di dalam pelaksanaan Inisiatif Jalur Lebar Negara (NBI).

Objektif PI1M



Sejarah

Pada masa dahulu, hasil utamanya adalah kelapa. Kemunculan nama Taman Nira ini di ambil sempena banyaknya pokok kelapa sebelum dijadikan sebagai tapak perumahan manakala Nira adalah gula yang keluar daripada pokok kelapa. Taman Nira berasal daripada Kampung Low Piak. Pada mulanya, Penduduk Low Piak terdiri daripada kaum Cina dan Melayu.

Kampung Low Piak berdekatan dengan Kampung Parit Lapis. Kampung Low Piak juga selalu dinaiki air apabila berlaku air pasang besar di daerah Batu Pahat ini. Selain itu, rumah pada ketika itu adalah terdiri daripada rumah-rumah papan dan mempunyai jambatan kayu. Tambahan pula, tanah asal Taman Nira ini adalah kepunyaan orang Cina.

Setelah tanah ini dibeli oleh pemaju perumahan syarikat iaitu Dato’ Syed Kecik, pemaju telah membina rumah murah untuk penduduk Low Piak dengan harga subsidi yang berharga RM 7 000.00 untuk sebuah rumah. Rumah-rumah murah di Taman Nira ini adalah dimiliki daripada kaum Melayu sahaja manakala kaum Cina ditempatkan di Taman Bukit Pasir.

Batu Pahat merupakan sebuah daerah yang terletak di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Ia terletak berhampiran Muar(50km ke Utara) dan juga Kluang(52km ke Timur). Pada tahun 2012, Batu Pahat adalah bandar ke-16 di Malaysia yang sedang pesat membangun.

Pada 9 April 2013, Taman Nira telah dinaik taraf dan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato’ Sri Dr. Ali Bin Hamsa iaitu Ketua Setiausaha Negara sempena Strategi Lautan Biru Kebangsaan(NBOS) dalam Majlis Penyerahan Projek Kejiranan Indah(My Beautiful Neighborhood) Taman Nira, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.



Berita & Aktiviti Terkini

TAHUN 2015 | TAHUN 2016 | TAHUN 2017

SUKANEKA SEHATI SEJIWA MUAFAKAT TAMAN NIRA

22 November 2015 | Aktiviti Terkini

Mengadakan aktiviti secara kelumpuk dengan masyarakat setempat dengan bertemakan sehati sejiwa muafakat...

KELAS ICT SEPANJANG TAHUN 2016

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Di PI1M Taman Nira ada menyediakan kelas latihan komputer (ICT) secara PERCUMA kepada semua ahli. Tujuan kelas ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kadar penggunaan internet di kalangan masyarakat khususnya masyarakat luar bandar. Program ini juga diharapkan dapat menarik minat komuniti setempat untuk mengikuti sebarang aktiviti yang di anjurkan oleh Pusat Internet 1 Malaysia Taman Nira seperti kelas komputer dan sebagainya...

Latihan Usahawan PERCUMA !!

Sepanjang Tahun | Aktiviti Terkini

Orang Ramai Boleh Menghubungi PI1M Berdekatan Bagi Mendapatkan Maklumat Lanjut Dan Urusan Pendaftaran Latihan. baca selanjutnya